Amalan membaca merupakan satu amalan baik yang patut dipupuk oleh setiap individu sejak kecil lagi. Kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan dari pelbagai segi termasuklah ekonomi,sosial dan juga politik melalui pembacaan. Pembacaan seseorang tidak patut hanya terhad dalam buku teks terutamanya pelajar-pelajar. Kita harus banyak membaca surat khabar yang mempaparkan isu-isu semasa tentang negara sendiri serta hal-hal yang berlaku di luar negara.
Beberapa hari yang lepas, saya mengambil kesempatan untuk berkujung ke Pesta Buku Utara 2015. Di sana, terdapat pelbagai jenis bahan buku bacaan. Dalam pelbagai jenis buku yang dipamerkan serta dijual, saya ternampak sebuah buku yang bertajuk "Dato Dr. Hassan Ahmad". Beliau merupakan seorang cendekiawan malayu yang terulung. Ketika saya ternampak buku tersebut, saya terasa amat bersyukur kerana saya dilahirkan di Malaysia,iaitu sebuah Negara yang begitu istimewa dan telah merdeka serta terbebas daripada jajahan negara lain. Saya berharap serta berdoakan Malaysia akan sentiasa aman damai agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan gembira dan maju.
 |